I know i shoudn't do that , but . . .


Cinta pandang pertama. Hampa ada? HA HA. Mesti ada laa kann? Aku pun ada jugak tauu.

cinta pandang pertama yang datang sendiri, kita tak payah cari, kan?
cinta pandang pertama yang banyak membawa suka dan duka kan?
cinta pandang pertama yang paling susah untuk kita lupakan, kan?

Tak kira betapa busuknya perangai si first love kita ni kann, selagi kita gelar dia first love kita, kita tetap akan mencintai dirinya dan terima siapa dia seadanya btoy dakk?

Tak kira betapa kita sering berkata kepada orang lain yang kita bencikan dia, selagi kita gelar dia first love kita, namun jauh di sudut hati, kita masih terlalu sayangkan dia :(
 
Tak kira betapa bencinya dia terhadap kita, selagi kita gelar dia first love kita, kita tidak akan pernah dapat bencikan dia, kerana perasaan sayang melebihi kebencian kita terhadapnya. The fact!

Tak kira betapa hubungan kita dengan dia tak dapat diselamatkan lagi, namun hati kita masih berharap agar semuanya dapat kembali seperti biasa, indah semuanya kan? kan? kan?

tak kira betapa kuatnya kita cuba untuk melupakan dia, selagi kita gelar dia first love kita, dia akan tetap berada di hati kita, tak pernah berganjak walau sedikit pun.

tak kira betapa selalunya kita diminta untuk melupakannya, selagi kita gelar dia first love kita, kita masih akan gagal melakukan demikian, entah kenapa.
 
tak kira betapa susahnya kita cuba untuk berhenti mencintai dia, selagi kita gelar dia first love kita, perasaan cinta kita terhadapnya akan menjadi lebih kuat daripada biasa.

tapi memang jarang kita nak lihat seseorang bercinta dengan first love dia, yang kekal lama. memang jarang. kini, hubungan seseorang dengan first love hanya mampu bertahan separuh jalan sahaja, tak pun, suku jalan. sedihh.



i still cant get over you, sorry :(

No comments:

Post a Comment